Wednesday, April 21, 2010

PERUBATAN : MODEN VS TRADISIONAL

Tarikh 4 februari 2010 pasti akan aku kenang sampai bile2 kerana pd tarikh keramat tu la, aku jatuh dan patah buku lali... Buku lali, walaupun tulang yg sangat2 kecil di kaki kita tapi fungsinya terlalu banyak...
Aku melalui 2 kali pengalaman disimen.. Seminggu awal, kaki aku di simen dgn simen putih. Simen half je sebagai support supaya tulang kaki aku tak bergerak. Memang gatal gila pakai simen ni!!!!! Panas dan rasa gatal2 walaupun pantang makan. Maybe due to the cement content kot... Dan 1 bulan awal tu, kaki aku banyak kejang yang membuatkan ramai tak berapa nak percaya nak bagi aku memandu destinasi jauh2.
Selepas seminggu, aku memilih untuk simen kaki dgn boot vop iaitu sejenis fiber glass yang ringan, berwarna dan aku harap kurang gatal. Memang betul, kurang gatal... Lagipun aku berpantang makan (Oh, sengsara!!!!). Dan pergerakan agak mudah sebab ringan. Sangat2 tak percaya sebab di bahagian kejuruteraan awam, kami pun ada menggunakan fiber glass untuk modernization kerja2 kat site. Pakai fiber lebih murah dan tahan lasak... Dan tak sangka akhirnya ada 1 fiber glass kat kaki aku walaupun aku cuti sakit.. Hahahaha...
Bulan pertama, aku dah mula gabungkan perubatan moden dan tradisional.. Aku ke melaka berjumpa dgn Ustaz Hidir yang ada Pusat Rawatan Tradisional Islam Al Mu'id di Telok Mas, Melaka. Perubatan secara batin. Katanya tulang aku dah bercantum dan dia bagi air penawar. Selepas sebulan, bila xray, memang tulang tu dah bercantum tapi separuh. Masa tu aku sangat2 kecewa sebab aku macam tak bole nak sesuaikan diri dengan keadaan yang serba kekurangan macam ni. Tapi bile fikir balik, ok gak tulang dah mula bercantum... Alhamdulillah... Masa tu aku giat minum susu Anlene, kopi CEO from Shuanghor (untuk healing gastrick and migrain) dan minum kolagen.
Bulan kedua kaki disimen, aku dah bergerak jalan2 memandu kete, bershopping beli kain nak buat baju kurung, g servis kete, g kedai..Semuanya bertongkat. Masayarakat malaysia ni suka pandang2 bile tengok orang kurang berupaya macam aku ni. Rimas. Buat macam biasa je tak bole ke? Pelik ke kalo org patah kaki???
Bulan kedua, cara aku lebih hardcore. Minum banyak susu anlene, minum kopi CEO lebih banyak, kurang minum kolagen Berrygen sebab aku ada masalah batuk yang kritikal... Kolagen tu macam ada serdak sikit. Kalo lepas minum, batuk aku bertambah teruk sebab tekak rasa gatal kena serdak2 tu... Dan kakak ipar aku support 1 botol gamalin plus perisa oren...TQ :-) Membantu pertumbuhan tisu kot.. Dah lupe la fungsinya... Hehehehehe... Dan akhirnya, 5hb April hari tu, simen kaki aku dibuka secara rasminya.. :-) Alhamdulillah...
Tapi, walaupun dah buka simen, hampir dua minggu aku tak bole berjalan tanpa tongkat. Aku pakai tongkat sebelah je untuk support kaki kiri aku. Kaki aku bengkak, tapak kaki aku merah, keseluruhan kaki aku memang sakit gile. Tiap2 hari aku nangis...:-( Nak buat pijak lantai pun punye la sakit...Pastu kaki aku akan menggigil2 dengan automatik bila aku angkat kaki atau gantung kaki aku... :-(
Last2 mak aku bagi petua orang dulu2... Sapu air asam jawa yang pekat + garam kasar kat kaki untuk hilangkan bengkak.. Aku sapu berulang-ulang setiap kali kering. Selepas dua hari, kaki aku terasa ringan sikit. Masih lagi bengkak tapi dah bole melangkah sikit2 tanpa tongkat. Memang sakit, terhencut-hencut... Tapi alhamdulillah ada perubahan positif. Thank you for the petua, mum!!!
Aku ambik keputusan untuk berjumpa dengan cina di Batu Gajah yang mengamalkan perubatan tradisional. Katanya, ankle aku tu dah jem sebab dah dua bulan tak gerak. So, kena banyak buat regangan.. Dia tampal ubat herba kat kaki aku dan bungkus. Tak bole kena air. Dan selepas 3 ari, aku jumpa dia lagi n tampal ubat herba yang baru... Dah dua kali aku jumpa. Memang dia betulkan cara aku berjalan. Sebab cara aku berjalan macam kanak2 spastik. Huhuhuhu. Dia pesan supaya banyak buat regangan... Memang ramai yangjumpa dia. Yang patah, yang retak, yang terseliuh.... Semua bagi komen yang positif...
Sekarang aku cuma amalkan minum Susu Anlene... Dan Jumaat ni aku kena jumpa cina tu lagi untuk tampal herba baru... Harap2 selepas ni aku bole jalan macam biasa sebelum aku g exam Isnin 26 April ni....
Kesimpulannya, perubatan moden dan tradisional bergerak seiring. Ade orang yang marah kalo kita buat rawatan tradisonal sebab kononnya rawatan moden dah cukup canggih.. Aku tak nafikan, kaedah moden simen kaki memang membantu tulang kaki aku untuk rest dan tak bergerak. So, proses percantuman tulang berjalan dengan mudah. Ditambah dengan kaedah pemakanan, juga membantu memberi zat2 yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang...
Tapi, ape yang berlaku selepas simen kaki di buka, tak sama pada setiap orang. Aku hampir 2 minggu tak bole jalan. Ape kes??? Jadi, aku cari alternatif untuk speed up kadar pemulihan kaki aku. Dan memang berkesan.. Petua2 orang dulu2 dan herba, memang terbukti berkesan. Tapi walau apa pun, setiap rawatan memerlukan kesabaran dan masa yang agak panjang... Takpe, aku tak akan putus asa... Hari ni first time aku makan sardin selepas 3 bulan tak berani sentuh makanan ni... Dulu berpantang sebab kononnya takut gatal dan chemical dalam makanan tu, bole mereputkan tulang. Betulkah??? Dan Sabtu lepas, juga pertama kali minum ais setelah hampir 3 bulan tak minum ais. Aku memang pantang sebab bile minum ais, kaki aku akan sakit. So, sekarang dah bole makan macam biasa..Tapi dah jadi kebiasaaan, aku akan minum air yang suam2 dan tanpa ais... Satu perubahan, kan???
Syukur ke hadrat Ilahi kerana sakit yang aku deritai berbulan2 ni, semakin pulih...Alhamdulillah..
Moden dan tradisonal, masing2 ada kelebihannya.... :-)

8 comments:

budakbucuk said...

waaa..alhamdulillah..saya pon patah kaki gk,kat bawah lutut..kena simen oo..tapi x buka lagi la,tgah rest kat uma ja..da 2 bulan kaki ni disemen,agak2 sempat x nk ambil exam erk pertengahan bulan 1 nanti??hihihi

Anonymous said...

Salam,
kaki saya baru bukak simen ni. memang xleh jalan. bingung sebab lusa dah kene keje..
nanti saya akan try formula nenek awk tu. arap berjaya.. thanks for info

Anonymous said...

‎​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ..
Sy pon alami masalah yg sama..
Kaki bengkak2 lepas buka simen tp nk jalan mmg sakit2 nk still guna 1 tongkat..
Berurut tiga hari berturut2 hari tu..surut betol bengkak tp lepas 2 hari abes mengurut jd bengkak blek..

della said...

Assalamualaikum. boleh tak kalau saya nak dapatkan alamat cina di Batu Gajah yang mengamalkan perubatan tradisional tu..

della said...
This comment has been removed by the author.
della said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam...perubatan cina kt btu gajah tu kt area mne??

Anonymous said...

Aku patah kat ankel gak seminggu simen terus aku bukak sendiri sebab gatal n malas pakai tongkat pastu g urut tapi masih xleh jalan